Perlis Pi Digital: Merapatkan Jurang Digital, Impak Program Misi Akademik Dan Pemindahan Ilmu Seni Digital Di Perlis.

: Perlis Pi Digital: Merapatkan Jurang Digital, Impak Program Misi Akademik Dan Pemindahan Ilmu Seni Digital Di Perlis

KANGAR, PERLIS, 31 Januari 2025 – Jabatan Senireka Gerak Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Kampus Puncak Alam telah mencipta fenomena baru di Perlis dengan program "Perlis Pi Digital" yang berlangsung di Dewan Orchid, Lake Resort Taman Timah Tasoh pada 31 Januari 2025. Misi Akademik dan Program Pemindahan Ilmu Digital ini adalah satu acara inovatif yang bertujuan merapatkan jurang digital dan memupuk literasi digital dalam kalangan masyarakat setempat. Program ini telah membawa keluar aset UiTM, untuk dipamerkan bersama dan berjaya menarik hampir 180 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan Masyarakat terdiri dari pelajar, pendidik, usahawan, dan warga emas, yang bersemangat untuk meneroka dunia seni dan teknologi digital.

Image
Image

Program cetusan idea Ts. Nur Aniza Mohd Lazim dengan sokongan Prof Madya Dr Sharkawi Che Din dan Pn Nabila Aimi Ghazali, telah mencapai kejayaan besar dalam merealisasikan objektifnya untuk membawa pengetahuan digital terkini ke Perlis. Inisiatif ini selaras dengan "Pelan Digital Perlis 2021-2025" yang menekankan kepentingan melengkapkan Masyarakat dengan kemahiran digital penting bagi menghadapi era moden. 41 orang pelajar dari semester 2 dan 3 jabatan Senireka Gerak Kreatif ini telah berjaya menyediakan kandungan seni digital yang berkualiti industri dan bertaraf antrabangsa dalam masa hanya 3 bulan sahaja. Dari jam 9:00 pagi para peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dinamik yang direka untuk memenuhi pelbagai minat dan tahap Kemahiran Ilustrasi Digital , Kandungan Interaktif AR/VR , Kandungan Media Digital , Penceritaan Digital Lawatan Perlis 2025 , Diorama Hologram, Senireka Bentuk Bunyi dan Produksi Podcast.

Image
Image
Image

Dalam usaha untuk memberikan pendedahan lebih mendalam tentang teknologi terkini, Encik Johan Donough, Pengarah Pendidikan Virtualtech Frontier, telah menyampaikan ceramah tentang kuasa teknologi imersif dalam pendidikan. Beliau turut membincangkan tentang kecerdasan buatan (AI) dan peranannya dalam masa depan teknologi. Para pelajar juga tidak ketinggalan untuk berkongsi pengetahuan mereka dalam seni digital melalui demonstrasi ilustrasi digital serta teknik-teknik yang digunakan dalam pembuatan kandungan digital. Demonstrasi tentang reka bentuk bunyi dan podcast turut disediakan untuk memberi peserta kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri kreatif digital.

Image
Image

Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada penaja utama, DRB-HICOM Auto Solutions (DHAS), yang telah menyumbang dana dan sumber untuk menjayakan acara ini. Komitmen DHAS terhadap pembangunan komuniti dan tanggungjawab sosial korporat telah memberikan ruang bagi pelajar dan pensyarah untuk merancang dan melaksanakan acara ini dengan jayanya. Selain itu, MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) dan SUK Perlis turut berperanan sebagai rakan strategik yang membantu mempromosikan acara ini dan menyediakan platform digital yang lebih luas untuk penyebaran maklumat. Sokongan daripada kedua-dua pihak ini mencerminkan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan literasi digital di seluruh negara, terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar.

Image
Image

Secara keseluruhan, "Perlis Pi Digital" telah mencapai kejayaan besar dalam menyebarkan pengetahuan digital dan menggalakkan penerimaan teknologi dalam kalangan masyarakat Perlis. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar UiTM dalam mengasah kemahiran digital mereka, tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti setempat, khususnya dalam mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran dunia digital masa depan. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjadi lebih bersedia memasuki pasaran kerja dengan pengetahuan yang relevan dan kemahiran yang diperlukan dalam era digital.

Disediakan oleh:
Ts Nur Aniza Mohd Lazim

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2705

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)