Majlis Perasmian Pameran CALICO : EXPERIENCE THE ELEGANCE OF ART & FASHION Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Shah Alam

: Majlis Perasmian Pameran CALICO : EXPERIENCE THE ELEGANCE OF ART & FASHION Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Shah Alam

Shah Alam, 16 Januari 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Majlis Perasmian Pameran Fesyen CALICO : Experience The Elegance Of Art & Fashion. salah satu acara yang mengangkat karya seni dan kreativiti pelajar dalam bidang seni reka fesyen tempatan ke peringkat global.

Image

Majlis yang berlangsung di Galeri Seni ILHAM, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Shah Alam telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin Naib Canselor UiTM. Dengan tema CALICO : Experience The Elegance Of Art & Fashion acara ini menampilkan hasil rekaan pelajar yang menggabungkan inspirasi warisan budaya tradisional dengan elemen eksperimentasi, moden dan kontemporari. Sebanyak 52 koleksi fesyen telah dipamerkan oleh pelajar dari bidang Seni Reka Teknologi Fesyen.

Image
Image
Image
Image

Menurut Dr. Mohd Jamil Hj. Mat Isa selaku Pengerusi pameran merangkap Ketua Galeri Seni ILHAM acara ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam mempamerkan kreativiti dan bakat mereka kepada umum termasuk pihak industri fesyen.

Image
Image

Majlis ini turut dihadiri oleh Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, IKHASAS Group, Puchong Selangor, ArtJamila dari ArtJamila Gallery & Museum, Shah Alam, para alumni bidang seni reka dan wakil industri. Dengan sokongan dan kolaborasi yang berterusan ini, KPSK dan UiTM terus komited dalam melahirkan bakat kreatif yang berdaya saing sehingga ke persada antarabangsa.

Disediakan oleh:
Shamsiah Shamsudin

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2705

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)