Beauty Unveiled Where Craftsmanship and Artistry Come to Life

Image
: Beauty Unveiled Where Craftsmanship and Artistry Come to Life

Shah Alam, 07 Januari 2025 – Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Shah Alam, telah menghadiri jemputan ke Majlis 'Beauty Unveiled Where Craftsmanship and Artistry Come to Life', yang berlangsung di Habib Jewels, Plaza Shah Alam.

Image

HABIB, salah satu jenama barang kemas terkemuka di Malaysia, dengan bangga mempersembahkan koleksi Oro Italia 916®. Setiap rekaan yang dihasilkan mencerminkan keunikan kemahiran pertukangan Itali yang berakar umbi secara tradisi dan berpengalaman, digabungkan dengan inovasi moden untuk menjamin kualiti unggul dalam setiap pembuatan barang kemas.

Delegasi KPSK terdiri daripada Dr. Hema Zulaika Hashim, Pn. Noor Adila Mohd Rajili, Pn. Nazirah Mohamad Ba'ai, Pn. Noorhaslinda Mohamed Ali dan Tn. Syed Mohd Faisal Syed Ahmad, berasa amat berbesar hati dapat menyaksikan perkembangan terkini dalam trend rekaan barang kemas bersama Pakar Produk Barang Kemas HABIB, Puan Aishah Che Man (Penolong Pengurus - Pembelajaran & Pembangunan) dan Ms. Cristiana Gratto (pereka koleksi Oro Italia 916®), yang didatangkan khas dari Itali yang turut berkongsi pandangan mereka tentang keistimewaan koleksi Oro Italia 916®.

Image

Dr. Hema Zulaika Hashim akan mengatur perbincangan lanjut bagi menjalin kolaborasi strategik bersama HABIB yang dijangka akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Image

Disediakan oleh:
Shamsiah Shamsudin

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2705

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)