Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Yg Bhg Dato' / Datuk / Datin / Prof Dr / Prof Madya Dr / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan
𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐈𝐃𝐄𝐗𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penyelidikan dan Inovasi KPSK UiTM menjemput Warga Akademik dan pelajar KPSK Kampus Shah Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Puncak Alam untuk menyertai Invention, Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024).
Permohonan di peringkat Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM adalah dibuka mulai 20 Ogos 2024 sehingga 12 September 2024 ini. Panduan dan tarikh-tarikh penting bagi permohonan yang berkenaan adalah seperti dilampiran.
𝐃𝐢𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧: 𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐟𝐨𝐫𝐦𝐬.𝐠𝐥𝐞/𝐠𝐏𝐣𝐪𝐃𝟔𝐛𝐱𝟑𝐝𝟖𝐪𝐳𝟔𝐂𝐯𝟓.
Sekian, terima kasih.
b/p Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) KPSK UiTM
“MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
Pejabat Penyelidikan dan Inovasi
Aras 4 Kompleks ILHAM
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Universiti Teknologi MARA (UITM)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPSK UiTM telah meningkatkan skor MyRa melebihi paras 40% dan keatas berbanding tahun 2020,2021 dan 2022 yang lalu. Berdasarkan kepada pencapaian ini, pihak Pengurusan KPSK UiTM mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan prestasi skor MyRa yang telah dicapai.
Diharapkan Warga KPSK dapat memberikan sokongan padu bagi mempertingkatkan pencapaian skor MyRa pada masa yang akan datang. Tahniah semua!!
Yg Bhg Dato' / Datuk / Datin / Prof Dr / Prof Madya Dr / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan
PERMOHONAN MINI PUBLICATION SABBATICAL (MPS) UNTUK WARGA KPSK UiTM KAMPUS SHAH ALAM, KAMPUS PUNCAK ALAM DAN KAMPUS PUNCAK PERDANA KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Mini Publication Sabbatical (MPS) kini dibuka untuk permohonan oleh Warga KPSK UiTM Kampus Shah Alam, Kampus Puncak Alam Dan Kampus Puncak Perdana. Ini adalah satu inisiatif KPSK UiTM untuk menyediakan platform yang efektif kepada Warga untuk menerbitkan manuskrip dalam jurnal berindeks bagi merealisasikan visi UiTM ke arah menjadi Globally Renowned University (GRU) menjelang 2025 nanti.
Mohon kerjasama Warga Akademik KPSK yang ingin memohon MPS ini untuk meneliti Garis Panduan permohonan dengan melayari maklumat QR Code di poster hebahan atau di pautan https://rb.gy/gyucbw.
Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi serta telah disemak dan disokong oleh Koordinator Bidang dan Ketua Pengajian masing-masing, hendaklah dihantar ke Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Aras 4 Kompleks ILHAM, Kolej Pengajian Seni Kreatif Kampus Shah Alam atau diemelkan ke wanmariati@uitm.edu.my. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada Puan Wan Mariati Wan Omar ditalian 03 – 55444007.
Permohonan FASA 1 akan dibuka mulai 27 Mac 2024 (Rabu) – 26 April 2024 (Jumaat)
Sekian, untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
b/p Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) KPSK UiTM
“MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
Pejabat Penyelidikan dan Inovasi
Aras 4 Kompleks ILHAM
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Universiti Teknologi MARA (UITM)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia