Image

INSENTIF BAYARAN PENERBITAN 2023 YANG DITAWARKAN OLEH P&I KPSK UiTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penyelidikan dan Inovasi KPSK UiTM ingin memaklumkan bahawa Warga Akademik KPSK Kampus Shah Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Puncak Alam yang telah menerbitkan artikel dalam jurnal terindeks tersenarai didalam JCR dan QS Subject iaitu Web of Science (WoS), Scopus (Q1, Q2, Q3 dan Q4), ERA dan MyCITE boleh menuntut insentif berdasarkan kriteria di bawah :

1. Tempoh penerbitan yang diambil kira: 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 sahaja.
2. HANYA staf akademik KPSK UiTM Kampus Shah Alam, Puncak Alam dan Puncak Perdana yang layak memohon bayaran insentif penerbitan ini sebagai corresponding author.
3. Pelajar pascasiswazah KPSK UiTM TIDAK LAYAK memohon bayaran insentif penerbitan.
4. HANYA hasil penerbitan yang didaftarkan di dalam PRIMe akan diambil kira (divalidasi di peringkat BTU UiTM).
5. Tempoh pendaftaran dalam PRIMe ialah 1 Januari – 31 Disember 2023.
6. Bayaran adalah kepada setiap satu (1) penerbitan dan akan dibayar kepada satu (1) penulis sahaja
7. KEUTAMAAN untuk Bayaran insentif ini akan diberikan kepada penulis yang ada kolaborasi bersama diperingkat Antarabangsa, Industri dan Nasional.

Dokumen yang perlu disertakan untuk membuat tuntutan insentif bayaran ini adalah :

1. Borang Permohonan Tuntutan Insentif Projek Penerbitan KPSK UiTM ( Pautan : https://shrturl.app/4zCFLo )
2. Bukti pengindeksan/penerbitan di laman web (QS/Scopus/WoS/ERA/MyCITE)
3. Bukti verification di dalam PRIMe
4. Resit / bukti bayaran sekiranya ada

Semua dokumen di atas perlu di hantar ke Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Aras 4 Kompleks ILHAM, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM untuk tindakan selanjutnya oleh pihak kami.

b/p Dekan Penyelidikan dan Inovasi KPSK UiTM

“MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

RESEARCH AND INNOVATION OFFICE
COLLEGE OF CREATIVE ARTS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) MALAYSIA
40450 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2705

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)