PROSES SISTEM ALIRAN KERJA

PELANGGAN

Pelanggan adalah mereka yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan percetakan. Ia terdiri dari seluruh organisasi  di dalam UiTM. Pelanggan boleh membuat tempahan percetakan dengan cara membuat surat permohonan terus, email kepada Ketua Pusat Percetakan dan menyertakan spesifikasi kerja yang hendak dijalankan.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN

Bahagian ini adalah bahagian yang menerima tempahan pelanggan. Pelanggan dikehendaki menyertakan bersama ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ semasa membuat permohonan. Perbincangan dibuat di sini di antara pihak pihak percetakan dengan pihak pelanggan. Setelah mendapat segala maklumat spesifikasi dari pelanggan doket kerja disiapkan oleh pegawai percetakan. Doket kerja adalah satu dokumentasi maklumat kerja untuk semua bahagian semasa proses percetakan dijalankan.

 

PRA-CETAK

Bahagian ini yang akan menjalankan kerja-kerja reka bentuk, grafik, DtP dan seterusnya proses membuat plate. Setelah mendapat persetujuan dari pelanggan mengenai reka bentuk yang dicadangkan proses plate di lakukan untuk diberikan ke bahagian percetakan untuk proses seterusnya.

 

CETAK

Bahagian ini menjalankan kerja-kerja percetakan. Untuk memastikan kualiti cetakan pelanggan disarankan turun melihat sendiri proses percetakan bagi memastikan kualiti cetakan betul. Pelanggan juga perlu menyediakan pruf cetakan untuk panduan pencetak menjalankan proses percetakan.

 

JILID/PENYUDAHAN

Bahagian ini menjalankan kerja-kerja akhir sesebuah hasil percetakan. Di sini kerja-kerja melipat, menyusun kuras, menjilid, trim kerja dan juga pembungkusan dilakukan. Bahagian ini merupakan bahagian penyudahan proses percetakan.

 

PENGHANTARAN

Proses penghantaran hasil percetakan kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh datang sendiri untuk mengambil hasil cetakan yang sudah siap.

 

PELANGGAN PUSAT PERCETAKAN

  • Seluruh Bahagian/Fakulti/Jabatan/Pusat/ Unit di dalam UiTM
  • Pelanggan Luar UiTM

 

KESIMPULAN

Pusat Percetakan KPSK, UiTM akan terus berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam bidang percetakan ini dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi mengikut masa yang ditetapkan dan dengan harga yang berpatutan.

 

 

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2705

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)