: Majlis Makan Malam Dan Amanat Khas Naib Canselor UiTM Bersama Pengurusan HICoE Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN) dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI)
Shah Alam pada 18 Disember 2024 - Majlis Makan Malam dan Amanat Khas Naib Canselor UiTM bersama Pengurusan Hicoe Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN) dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), telah berlangsung di Hotel UiTM, Shah Alam.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan INSAN yang telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Berpotensi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam bidang Seni Budaya dan Industri Kreatif. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang julung kali di UiTM malahan Malaysia dalam memajukan penyelidikan dan inovasi seni yang berimpak tinggi.
Amanat Khas yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, menekankan kepentingan memperkukuh kecemerlangan penyelidikan dalam bidang niche yang ditetapkan oleh KPT. Beliau turut menggesa UiTM untuk terus menjadi pusat rujukan profesional serta memperkukuhkan kedudukan universiti di peringkat global.
Turut hadir pada majlis ini adalah Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor, Jabatan Penyelidikan & Inovasi dan Pengurusan Kanan JPI, Profesor Dr Tazul Izan Tajuddin, Penolong Naib Canselor KPSK bersama kumpulan penyelidik INSAN. Semoga dengan pengiktirafan INSAN, akan terus memacu kecemerlangan bidang Seni Budaya dan Industri Kreatif ke persada antarabangsa. "Menggapai ke Langit, Mengakar ke Bumi"
Disediakan oleh:
Shamsiah Shamsudin