: Tourism Pahang dengan Kolaborasi Kolej Pengajian Seni Kreatif, Socio-Cultural Innovation (Soci) dan ICAN-Fakulti Pengurusan & Perniagaan Mengangkat Destinasi Pelancongan Tasek Bera.
Pada tanggal 18-19 Februari 2023 telah berlangsungnya satu bengkel ‘MobileGraphy Pelancongan’ yang diadakan di Tasek Bera Resort (41 minit dari Bandar Bera) dan telah berjaya menarik minat warga belia yang juga terdiri daripada “influncer medsoc” tempatan seramai 25 orang.
Universiti Teknologi MARA terpanggil untuk berkolaborasi dengan mengadakan satu program ‘TOURISM MOBILEGRAPHY MASTER CLASS VOL.1’, di Tasek Bera, Pahang. Program ini anjuran bersama Kolej Pengajian Seni Kreatif- Socio-Cultural Innovation (SoCI), - ICAN Fakulti Pengurusan & Perniagaan dengan Tourism Pahang , Persatuan Pelancongan & Kebudayaan Daerah Bera, Kelab Media Baru Bera (KMBB) dan Kelab Peminat Warisan Bera.
Program selama dua hari ini bagi mengangkat objektif memperkasa kemahiran fotografi dengan menggunakan telifon bimbit dan bertujuan menjadikan bahan visual sebagai mesej mempromosikan pelancongan Tasik Bera. Hasil perkongsian pembelajaran oleh wakil Jabatan Fotomedia Kreatif, KPSK – Ts. Mohd Shariful Hafizal dan Fadli Abdul Razak berjaya membuka laluan dan minda peserta berkenaan signifinkasi sebuah visual didalam konteks penceritaan dan teknik mengambil gambar dan video yang lebih praktikal.
Siri ini tidak terhenti disini, jangkaan “mobilegraphy siri 2” akan berlangsung disekitar MEI 2023 dan penyertaan ini adalah percuma untuk warga belia sekitar daerah Bera.
Ts. Mohd Shariful Hafizal B Aminuddin