Kampong kini juara

Image
: Kampong kini juara

Karya animasi Kampong hasil sentuhan pelajar tahun akhir dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM telah merangkul kemenangan bagi kategori Filem Animasi Terbaik, di pentas Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) yang lalu. Pelajar kepada penyelia Norhasheila Muharam, salah seorang pensyarah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Animasi 2D dari Pengajian Seni Digital & Imejan, turut merakamkan rasa syukur di atas kemenangan ini.

Festival Filem Pelajar Malaysia ke-13 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada Rabu bersamaan 19 Oktober 2022 yang lalu, turut melakarkan beberapa tanda aras pencapaian yang lain.

Image

Antaranya ialah karya Perhentian hasil pelajar tahun akhir Diploma Animasi di bawah seliaan Aidi Rahimi Haji Ibrahim, tercalon bagi kategori Top 5 Filem Animasi Terbaik. Sementara itu, dua filem pendek karya pelajar filem yang berjudul Sebelah melewati Top 5 Kostum & Prop Terbaik, manakala Detik pula mara Top 5 Filem Pendek Terbaik. Syabas dan tahniah!

Teks dan Foto: 

Nor' Anira Haris

CONTACT US

Office of Assistant Vice Chancellor
College of Creative Arts
Creative Media & Technology Hub

Level 3, PTAR 1 Complex
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

korporatkpsk@uitm.edu.my

Tel: +60 3 5544 4001 | 4104
Fax: +60 3 5544 2711

Academic Affairs
(+603) 5544 2703 | 2722 | 8502 | 2707

Students' Affairs
(+603) 5544 2044 | 3769 | 3465 | 3523

Research & Innovation Affairs
(+603) 5544 4003 | 1333 | 4751 | 4007
YOUTUBE | FB FANPAGE

REACH OUT TO US

Corporate Communication CCA

 

         

 

FREQUENT ASK QUESTION

Frequent Ask Question (FAQ)