Webinar: International Knowledge Transfer Programme

Image
: Webinar: International Knowledge Transfer Programme

Pada 18 Julai 2022 telah berlangsung Webinar: International Knowledge Transfer Programme diantara STMIK Royal Kisaran, Indonesia dan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM. Webinar ini telah disertai oleh 35 orang pensyarah STMIK Royal Kisaran secara atas talian dan juga dipancarkan secara live melalui Youtube STMIK Royal.

Image
Image

Panel jemputan sesi webinar ini adalah Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahya (Dekan ICAN, KPSK) dengan tajuk Arts, Creative and Technology dan Ts. Siti Hajar Aznam (Koordinator Jaringan Industri, KPSK) dengan tajuk Creating Creative Content. Webinar ini juga merupakan program pertama yang telah dijalankan diantara STMIK Royal Kisaran dan Kolej Pengajian Seni Kreatif setelah menjalinkan kerjasama MOU pada 24 Mei 2022.

Image
Teks dan Foto: 

Ts. Siti Hajar Aznam