Majlis Konvokesyen STMIK Royal Kisaran

: Majlis Konvokesyen STMIK Royal Kisaran

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 25 Mei 2022, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM telah diundang ke Majlis Konvokesyen STMIK Royal Kisaran yang terletak di Kisaran, Indonesia. Delegasi dari UiTM yang turut serta dalam sesi ini ialah Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Zaini Abdullah, Prof. Dr Shahanum Md Shah (Dekan Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya (Dekan Jaringan Industri, Komuniti & Alumni), Ts. Siti Hajar Aznam (Koordinator Jaringan Industri), Prof. Madya Suhaimi Tohid (Koordinator Jaringan Alumni) dan Puan Shamsiah Shamsuddin.

Image
Image
Image

Di majlis konvokesyen ini juga telah diadakan sesi menangani MoU diantara STMIK Royal Kisaran dan UiTM buat pertama kalinya. Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Kepala Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi Wilayah 1, Prof. Ibnu Hajar, Ketua Yayasan Pendidikan Royal Teladan Asahan, Anda Putra Lubis, Ahli Senate, Para Pensyarah dan 261 graduan STMIK Royal Kisaran.

Pihak STMIK Royal Kisaran yang diketuai oleh Wan Mariatul Kifti mengucapkan ribuan terima kasih kepada UiTM diatas kesudian mengadakan kerjasama dua hala ini. Ini adalah yang pertama seupamanya di Kisaran iaitu sebuah daerah kecil yang terletak 3 jam perjalanan dari Kota Medan. Semoga dengan kerjasama ini dapat memberikan lebih manfaat kepada kedua belah pihak.

Teks dan Foto: 

Ts. Siti Hajar Aznam