Animation Kingdom
+ College of Creative Arts
: Animation Kingdom
Animation Kingdom ialah program yang dianjurkan oleh persatuan Animasi. Program ini berlangsung secara maya dan terdiri daripada Mahasiswa, Mahasiswi dan pensyarah animasi. Program ini bertujuan untuk menyatukan Mahasiswa dan Mahasiswi dari program Animasi Sarjana Muda (K) Produksi Animasi 3D (CAFF239), program Sarjana Muda (K) Produksi Animasi 2D (CAFF238) dan Diploma Animasi (CAFF115) di dalam sebuah media platform. Oleh kerana tidak dapat bersemuka secara berdepan kerana situasi yang tidak mengizinkan. Program ini bertujuan bagi memaparkan hasil projek Mahasiswa yang berkemahiran dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang animasi yang mereka pelajari sepanjang pengajian Animasi di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana. Mahasiswa dan Mahasiswi diberi peluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam FYP “Final Year Project” pada penghujung semester.
Seterusnya, Mahasiswa dan Mahasiswi dapat juga memasarkan hasil kerja mereka kepada khalayak ramai serta pihak-pihak dari industri animasi tempatan dan luar negara yang akan dijemput hadir. Pihak-pihak industri dapat menonton dan memberi penilai terhadap kualiti serta kerja keras para pelajar animasi produksi 2D dan 3D. Para pelajar diberi satu pengalaman baru dimana mendapat kritikan dan mendengar pandangan dari tetamu jemputan secara langsung. Pengalaman ini sangat berharga buat Mahasiswa untuk menyediakan diri bagi menceburi pengalaman bekerja di industri animasi. Secara tidak langsung, Mahasiswa dapat menaikkan portfolio masing-masing bagi mendapatkan perhatian pihak industri luar.
Mahasiswa dan Mahasiswi menghasilkan sebuah animasi pendek bagi mempamerkan hasil kerja melalui pameran Animation Kingdom ini. Hasil kerja yang berkualiti oleh Mahasiswa dan Mahasiswi university didalam penghasilan animasi 2D dan 3D melalui proses pra-produksi ,produksi dan pasca-produksi. Begitu juga, kemahiran Mahasiswa dalam penulisan skrip,penghasilan seni visual, penggunaan dan kepakaran menggunakan peranti-peranti komputer bagi menghasilkan animasi 2D atau 3D ,sinematografi,penyuntingan dan komposisi dengan menggunakan imaginasi serta kreativiti Mahasiswa. Pelajar juga diberi pilihan untuk menghasilkan projek animasi ini secara berkumpulan atau individu.
Kesimpulan bagi program adalah khas kepada Mahasiswa animasi serta semua Mahasiswa di bawah Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan juga Mahasiswa UiTM yang menjalankan pengajian dalam cabang-cabang bidang kesenian. Masyarakat luar juga menjadi sasaran bagi program ini bagi tujuan pendedahan tentang bidang seni kreatif ini.